Thursday 25 November 2010

Azri Mangsa Simbahan Asid


Malam tadi CM berkesempatan menonton rancangan Bersamamu di TV3.. Perasaan sayu menerpa hati sanubari. Tergamak sungguh keluarga Azri memperlakukannya sedemikian. Mungkin juga terdetik di fikiran kita ini adalah balasan dari perbuatan yang pernah dilakukan sebelum ini... tapi... sebagai saudara kandung sedarah sedaging, CM ingin bertanya adakah kita sanggup memperkakukan saudara kandung kita sedemikan rupa?? Walau sebesar manapun dosanya pada kita, kita tidak layak untuk merebut kebahagiaan dan keselesaan hidup yang telah Allah kurniakan ke atasnya...

Sesungguhnya, Allah jua yang Maha Mengetahui... Wallahu'alam..

Berikut adalah petikan berita dari UTUSAN MALAYSIA mengenai beliau.

KULIM 14 April - Seorang bekas pekerja kilang, Azri Abdullah, 41, dari Taman Tunku Putra di sini kini terpaksa menahan sakit akibat kecederaan di seluruh tubuh selepas menjadi mangsa disimbah asid sejak Disember lalu.
Azri yang masih bujang adakalanya menangis akibat tidak tahan menanggung kesakitan apabila kulitnya ditumbuhi ruam dan kepanasan.

Kesakitan yang dideritainya menyebabkan dia tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana tidak mampu banyak bergerak selain mata kanannya menjadi kabur.

Lebih malang, dia yang kini disisihkan keluarga terpaksa bergantung harap kepada tiga rakan karib yang menyewa rumah untuk menjaganya.

Menurut Azri, kejadian malang tersebut berlaku sekitar Disember lalu selepas dia disimbah asid ketika terlibat dalam masalah perselisihan faham antara ahli keluarga.

"Kejadian ini berlaku di Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas disimbah asid, seluruh anggota badan saya melecur dan muka menjadi kepanasan.

"Tidak lama selepas itu, keadaan lebih parah dan saya dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan terus menderita sehingga kini," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di sini baru-baru ini.

Kata Azri, berikutan penderitaan yang ditanggungnya, dia terpaksa berhenti kerja kilang di Mak Mandin, Seberang Perai dan berpindah ke Kulim bersama rakan-rakannya.

"Kini saya tinggal bersama tiga rakan iaitu Md. Dori Osman, 34; Shahrel Mohd. Ali, 28, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 41. Segala keperluan makan-minum mereka yang uruskan," katanya.

Tambahnya, dia juga bersyukur kerana Md. Dori dan rakan-rakannya sanggup bergilir-gilir menghantarnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap bulan untuk rawatan lanjut.

"Shahrel dan Shahrul Kamel bekerja di Kulim sementara Md. Dori masih mencari pekerjaan di Kulim. Mereka banyak menolong saya," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, pihaknya akan menubuhkan satu tabung khas untuk membantu membiayai rawatan bekas pekerja kilang tersebut.

Katanya, UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu juga sedang mendapatkan khidmat nasihat pakar perubatan dari sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur untuk membantu meringankan penderitaan yang dihadapi Azri itu.

"Kita amat bersimpati dengan nasib yang dialami Azri dan berharap dengan tertubuhnya tabung khas ini, sedikit sumbangan boleh dijana untuk membantu membiayai kos perubatan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut berjaya mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sebanyak RM300 sebulan mulai bulan ini untuk membantu Azri.

"Selain itu, kita akan berusaha mendapatkan sebuah kerusi roda untuk memudahkan Azri bergerak dan mempercepatkan permohonan duit pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tempoh terdekat," jelasnya.

Orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan yang dialami Azri boleh menghulurkan bantuan kepadanya menerusi akaun simpanan RHB Bank bernombor 10702800602905 atau menghubungi Shahrul Kamel di talian 012-5772130.


Tuesday 23 November 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan


Hari ni, semua anak-anak yang berada di tingkatan 5 dan 6 atas mula menduduki peperiksaan besar mereka.. Terkenang semula waktu cicimolek berada di kedudukan ini pada suatu ketika dulu. Hari ini, giliran putera sulongku pula.. Doaku sentiasa mengiringinya. Moga usahanya selama ini membuahkan kejayaan. Amin..