Tuesday 21 December 2010

EXPO LAGI...

17-19 November 2010, berlangsungnya PC Expo di MITC. CM berpeluang lagi untuk melihat2 dan membeli apa2 yang CM teringin memilikinya.. Memang seronok pergi expo macam ni... tapi yang tak seronoknya, duit dipaksa keluar..!! Itu yang letih ... Expo macam ni, biasalah... nak jalan pun susah.. kiri kanan, mat2 salesman tu panggil2 kita.. yelah, nak lakukan barang mereka.. Maka itulah, CM hanya pergi berdua saja dgn Abang Manja (AM). Leceh kalau bawa anak2.

Inilah antara barang2 yang CM borong kat expo PC kali ni...





RADIO /MP3/ UTK DGR KAT OFIS..

MP4.... NAK JUGAK JADI ORG MUDA

CARD READER.. UTK MELANCARKAN PROSES UPLOAD KAT BLOG NI..



So... itu ajelah yang dapat CM kongsikan kali ni...


Thursday 9 December 2010

MAHA 2010

Sabtu lepas CM berpeluang ke expo MAHA 2010. Inilah pengalaman pertama CM ke situ setelah sekian lama MAHA diperkenalkan sejak zaman pemerintahan DrM dulu. Interesting juga... Banyak ilmu dapat digali di situ. CM agak lega kerana hanya membawa seorang sahaja anak bujang CM. Seperti yang pernah CM ceritakan sebelum ini, anak2 CM telah dihantar ke kampung.. So, agak mudah CM bergerak ke sana sini. Al maklum, di tapak expo seperti ini, orang jangan nak cerita, jalan pun susah.



Inilah keadaannya ketika beratur untuk menaiki bas. Walaupun keadaannya seperti ini, pengunjung tetap bertambah setiap detik. Itu lah penangan expo...

CM ingin berkongi beberapa ilmu yang CM dapat di sana. Walaupun pada hari tu, CM tak dapat round ke seluruh kawasan (tak larat), tapi dapatlah juga beberapa informasi berguna untuk CM ceritakan kepada kawan2 dan anak2 CM yang tak dapat pergi.

Sebelum pergi CM ada membaca tentang seekor kambing yang bertanduk 4 di pameran expo ini di dalam akhbar. Alang-alang CM dah sampai ke sini wajiblah rasanya CM mencari spesis kambing ni.. Dalam meredah hujan yang renyai2, jalan punya jalan akhirnya jumpa juga kambing spesis DOMBA GARUT yang dimaksudkan. Comel juga kambing ni... Bila dia menyeringai nampak giginya seakan-akan dia tersengeh. Kelakar juga! Tengoklah gambar yang sempat CM snap ni.




Pada hari tu, first time CM tengok sejenis tumbuhan yang dah mati hidup semula. Mereka namakannya, TUMBUHAN MATI HIDUP SEMULA ataupun GENGGAM FATIMAH. Nama saintifiknya pula ialah Selaginela Lepodipila Anabis. Memang pelik awalnya. Tapi, bila mereka dah men'demo'kannya, barulah percaya. Tumbuhan itu hidup di kawasan kaki gunung berapi dan boleh hidup tanpa setitis air selama 50 tahun.


(SEBELUM DIREBUS)

(SELEPAS DIREBUS)


Satu lagi info terbaru yang CM dapat di sini ialah mengenai penternakan ketam berkulit lembut. Mungkin ada yang dah tahu dan pernah dengar mengenai ketam kulit lembut ini. Rupa-rupanya dalam sistem pembesaran ketam, ketam2 keluar dari cengkerangnya beberapa kali. Pada ketika itulah, penternak ketam mengasingkannya agar dia tidak kembali ke cengkerangnya. Dan justeru itu, ketam ini dijual tanpa cengkerang dan kerana itu mereka digelar ketam kulit lembut. Interesting kan!! Ketam ini tidak dijual di pasaran tetapi dijual di hotel2 sahaja kerana harganya yang agak mahal. Jika ingin merasa keenakan ketam kulit lembut, di MAHA lah kita boleh dapatkannya dengan harga yang murah.


Inilah ketam kulit lembut yang CM beli dari expo MAHA.. belum masak lagi tu..

Untuk informasi orang perempuan pula, selain tumbuhan mati hidup semula atau gengam fatimah, CM ingin kongsikan info mengenai NENAS BATU. Nenas batu sebenarnya berasal dari Mesir. CM dah lama mencari nenas batu ni tapi susah nak jumpa orang jual di Malaysia ni. Ada tak ada pun kena tunggu kwn2 yang ada sedara yang belajar atau pergi Mesir, barulah boleh kirim dengan mereka. Banyak khasiat yang boleh kita dapat dari nenas batu ini. Selain dari penyakit orang perempuan ianya juga boleh merawat BUASIR. Memang TIP TOP. Tak percaya, cubalah.... (Tapi, kenalah beli nenas batu dulu :) )

Ini nenas batu yang dah jadi milik CM.. (jangan jelous)

Ada satu saja lagi info yang CM teringin sangat kongsikannya di sini. Ianya berkenaan penghasilan minyak kapalterbang. Ini berkenaan mencari duit poket lebih... Semua orang akan interesting bila kita menyebut tentang menambah pendapatan.. Untuk mereka yang ada tanah dan ingin mengusahakan sesuatu di atasnya... inilah peluang!! Dengan menanam pokokCASTOR , kita boleh menambah pendapatan. Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai pokok castor ini, bolehlah mengetahuinya di sini.

pokok castor

biji castor yang belum pecah


Begitulah adanya... Semuga info2 yang CM paparkan di sini dapat menambahkan pengetahuan dan ilmu kepada pembaca sekelian.



Thursday 2 December 2010

HARI BERSEJARAH BAGI ANAK GADISKU


Pagi2 lagi hp CM dah berbunyi. Bunyi tanda mesej diterima. "Salam, anak dara busu dah period arini.. " CM termenung sejenak. Dah besar anak daraku... bisik hati ini... Lantas senyuman terukir dibibir. Biasalah tu... semua gadis akan melalui saat2 ini.. CM dulu pun begitu juga. Tapi, zaman CM dulu tak seperti sekarang ni. Dulu, kalau org2 kampung macam CM ni, jarang gunakan pad seperti sekarang. Waktu tu, kami hanya gunakan kain batik yang dilipat2 utk dijadikan pad seperti sekarang..

Bagaimana keadaan puteri tunggal CM ni ye.. Pada saat2 dia melalui detik bersejarah ni, ibunya tiada disisi untuk menjadi pendorong dan penenang baginya... Bukan salah CM kan..? Dia yang ingin pergi bercuti mengikut sepupu2nya yang lain... Jadi, terpaksalah dia melaluinya sendiri... Semuga emosinya tenang ketika melalui detik ini. CM juga yakin, pengalaman dari sepupu2nya yang lain dapat membantunya.

Untuk pembaca yang baru pertama kali melalui detik seperti CM ini , ikutilah beberapa informasi mengenainya di sini.

Selamat membaca.


SUNYI MENERPA


Cuti persekolahan telah bermula sejak bermulanya peperiksaan besar SPM dan STPM. Sejak itu juga CM mula kesunyian tanpa anak-anak di sisi. Al maklum, bila cuti sekolah bermula, anak-anak pun mulalah merengek minta dihantar ke kampung. Walaupun nenek dan atuk mereka telah tiada, namun sudah jadi kebiasaan setiap kali cuti sekolah, pasti mereka ingin tinggal di kampung. Tahun ini merupakan tahun pertama mereka bercuti tanpa nenek mereka. Arwah ibu CM baru pergi menemui Ilahi pada awal bulan Ogos yang lalu. Sakit tua. Namun, suasana di kampung masih seperti dulu walaupun sedikit muram sejak ketiadaan ibu.


CM kini berdua saja dgn Abang Manja(AM). Apa nak buat, satu masa nanti pun tinggal berdua juga. Bila anak-anak semua dah bekerja dan ada life masing2... begitulah juga gamaknya...