Thursday 2 December 2010

SUNYI MENERPA


Cuti persekolahan telah bermula sejak bermulanya peperiksaan besar SPM dan STPM. Sejak itu juga CM mula kesunyian tanpa anak-anak di sisi. Al maklum, bila cuti sekolah bermula, anak-anak pun mulalah merengek minta dihantar ke kampung. Walaupun nenek dan atuk mereka telah tiada, namun sudah jadi kebiasaan setiap kali cuti sekolah, pasti mereka ingin tinggal di kampung. Tahun ini merupakan tahun pertama mereka bercuti tanpa nenek mereka. Arwah ibu CM baru pergi menemui Ilahi pada awal bulan Ogos yang lalu. Sakit tua. Namun, suasana di kampung masih seperti dulu walaupun sedikit muram sejak ketiadaan ibu.


CM kini berdua saja dgn Abang Manja(AM). Apa nak buat, satu masa nanti pun tinggal berdua juga. Bila anak-anak semua dah bekerja dan ada life masing2... begitulah juga gamaknya...