Saturday 29 January 2011

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN


Hari ini genap 18 tahun usia rumahtangga yang kubina bersama2 suami tersayang-Abang Manja. Pejam celik, pejam celik dah 18 tahun rupanya kami melayari bahtera rumahtangga ini. Masa berlalu begitu pantas sekali. Si Comel2 yang kukendong ke sana sini suatu ketika dulu, kini dah lebih besar dari aku. Syukurlah rumahtangga kami ini tiada ranjau dan onak duri yang berliku2. Sepanjang perkahwinan ini aku dan AM cuma berbekalkan kesabaran yang amat tinggi. Hanya itu petua kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga yang sebenarnya.

Friday 21 January 2011

17 Januari yang lalu adalah hari lahir abang Manja. Seperti biasa CM akan sama2 meraikankannya dengan keluar makan besar dengan anak2 tersayang. Pada kami tidak perlulah hadiah yang besar2. Cuma kehadiran dan rasa gembira anak2 cukup untuk membuat keluarga kami menghargai kasih sayang yang ada. Sementara nyawa dikandung badan... bila sudah tiada.. lain pula ceritanya....

Monday 10 January 2011

Masalah Remaja

Hari ni CM rasa lega sikit setelah mengalami sedikit tekanan akibat tingkah laku anak2 yang meningkat dewasa. Semalam CM memang rasa tertekan mengenangkan perubahan kelakuan putera sulung CM yang tiba2 emosinya seakan2 memberontak. Kata2nya melalui SMS sedikit mengguris perasaan keibuan CM. Namun, CM cuba mengerti perubahan anak2 remaja yang kian meningkat dewasa. CM cuba menempatkan situasi CM ke situasinya. Sedikit pengertian dapat dicari, tapi CM agak khuatir Abang Manja tidak dapat menerima keadaan itu.


SMS nya yang menyatakan bahawa dia tidak mahu dikongkong.. tidak mahu menyusahkan CM.. dan dia ingin membuat keputusan sendiri dan berdikari menjadikan kata2 itu sentiasa berligar2 dibenak fikiran ini. Ah...! Semuanya dah berlalu. Yang penting dia telah sedar tentang kelancangan bicaranya dan ucapan maaf darinya telah menyejukkan suasana.

Pengalaman semalam menjadikan CM lebih berhati2 tentang hal ehwal anak2. Bagaimana untuk menanganinya dan sentiasa bersedia menghadapi masalah yang akan mereka berikan pada CM kelak.


Thursday 6 January 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.


Semester pertama persekolahan telah pun bermula. Maka bermulalah semula rutin harian yang sibuk setelah lebih sebulan keadaan bertenang. Putera sulong CM bolehlah menarik nafas lega setelah selesai menghadapi hari2 mencabar sebagai seorang pelajar sekolah. Selepas ini, beliau akan memasuki era baru sebagai seorang pelajar kolej atau universiti atau jika tidak berminat meneruskan pelajaran, beliau akan bergelar pekerja pula...

Untuk tahun ini, perbelanjaan persekolahan untuk anak2 CM agak kurang sedikit berbanding tahun lalu. Al maklum, abang mereka dah tak sekolah lagi. Perbelanjaan untuk asrama pun dah tak ada untuk tahun ni. Tengoklah pertengahan tahun nanti, setelah keputusan SPM keluar... tunggu aje lah budget baru untuk anak CM sorang ni menyusul.