Monday 10 January 2011

Masalah Remaja

Hari ni CM rasa lega sikit setelah mengalami sedikit tekanan akibat tingkah laku anak2 yang meningkat dewasa. Semalam CM memang rasa tertekan mengenangkan perubahan kelakuan putera sulung CM yang tiba2 emosinya seakan2 memberontak. Kata2nya melalui SMS sedikit mengguris perasaan keibuan CM. Namun, CM cuba mengerti perubahan anak2 remaja yang kian meningkat dewasa. CM cuba menempatkan situasi CM ke situasinya. Sedikit pengertian dapat dicari, tapi CM agak khuatir Abang Manja tidak dapat menerima keadaan itu.


SMS nya yang menyatakan bahawa dia tidak mahu dikongkong.. tidak mahu menyusahkan CM.. dan dia ingin membuat keputusan sendiri dan berdikari menjadikan kata2 itu sentiasa berligar2 dibenak fikiran ini. Ah...! Semuanya dah berlalu. Yang penting dia telah sedar tentang kelancangan bicaranya dan ucapan maaf darinya telah menyejukkan suasana.

Pengalaman semalam menjadikan CM lebih berhati2 tentang hal ehwal anak2. Bagaimana untuk menanganinya dan sentiasa bersedia menghadapi masalah yang akan mereka berikan pada CM kelak.