Monday, 10 January 2011

Masalah Remaja

Hari ni CM rasa lega sikit setelah mengalami sedikit tekanan akibat tingkah laku anak2 yang meningkat dewasa. Semalam CM memang rasa tertekan mengenangkan perubahan kelakuan putera sulung CM yang tiba2 emosinya seakan2 memberontak. Kata2nya melalui SMS sedikit mengguris perasaan keibuan CM. Namun, CM cuba mengerti perubahan anak2 remaja yang kian meningkat dewasa. CM cuba menempatkan situasi CM ke situasinya. Sedikit pengertian dapat dicari, tapi CM agak khuatir Abang Manja tidak dapat menerima keadaan itu.


SMS nya yang menyatakan bahawa dia tidak mahu dikongkong.. tidak mahu menyusahkan CM.. dan dia ingin membuat keputusan sendiri dan berdikari menjadikan kata2 itu sentiasa berligar2 dibenak fikiran ini. Ah...! Semuanya dah berlalu. Yang penting dia telah sedar tentang kelancangan bicaranya dan ucapan maaf darinya telah menyejukkan suasana.

Pengalaman semalam menjadikan CM lebih berhati2 tentang hal ehwal anak2. Bagaimana untuk menanganinya dan sentiasa bersedia menghadapi masalah yang akan mereka berikan pada CM kelak.


Thursday, 6 January 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.


Semester pertama persekolahan telah pun bermula. Maka bermulalah semula rutin harian yang sibuk setelah lebih sebulan keadaan bertenang. Putera sulong CM bolehlah menarik nafas lega setelah selesai menghadapi hari2 mencabar sebagai seorang pelajar sekolah. Selepas ini, beliau akan memasuki era baru sebagai seorang pelajar kolej atau universiti atau jika tidak berminat meneruskan pelajaran, beliau akan bergelar pekerja pula...

Untuk tahun ini, perbelanjaan persekolahan untuk anak2 CM agak kurang sedikit berbanding tahun lalu. Al maklum, abang mereka dah tak sekolah lagi. Perbelanjaan untuk asrama pun dah tak ada untuk tahun ni. Tengoklah pertengahan tahun nanti, setelah keputusan SPM keluar... tunggu aje lah budget baru untuk anak CM sorang ni menyusul.

Tuesday, 21 December 2010

EXPO LAGI...

17-19 November 2010, berlangsungnya PC Expo di MITC. CM berpeluang lagi untuk melihat2 dan membeli apa2 yang CM teringin memilikinya.. Memang seronok pergi expo macam ni... tapi yang tak seronoknya, duit dipaksa keluar..!! Itu yang letih ... Expo macam ni, biasalah... nak jalan pun susah.. kiri kanan, mat2 salesman tu panggil2 kita.. yelah, nak lakukan barang mereka.. Maka itulah, CM hanya pergi berdua saja dgn Abang Manja (AM). Leceh kalau bawa anak2.

Inilah antara barang2 yang CM borong kat expo PC kali ni...





RADIO /MP3/ UTK DGR KAT OFIS..

MP4.... NAK JUGAK JADI ORG MUDA

CARD READER.. UTK MELANCARKAN PROSES UPLOAD KAT BLOG NI..



So... itu ajelah yang dapat CM kongsikan kali ni...