Thursday, 14 April 2011

Hari ni, seharian CM tak boleh duduk diam. Jantung di dada ni bagai nak terkeluar melihat dunia... Aduh!!! Sakit betul rasanya... 12April lepas, CM telah diutuskan 2 khabar yang berbeza. Khabaran baik dan sebaliknya. Khabar yang kurang baik itu adalah Shafiq tidak disenaraikan antara calon yang layak menduduki temuduga IPG(Institut Pendidikan Guru) . Dan khabaran yang baiknya pula, dia telah disenaraikan dalam calon temuduga ke UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atau dulu dikenali sebagai ATMA).

Apa yang membuat dada ini berdebar2 sebegitu rupa adalah esok (15April), Shafiq akan menghadapi temuduga tersebut. CM tidak tahu kenapa keadaan seperti ini berlaku pada diri ini. Mungkin CM meletakkan harapan yang tinggi terhadap Shafiq agar dapat menggenggam cita2nya ini. Cita2nya untuk menjadi PERWIRA NEGARA.

Pada ketika ini, getaran hati CM sudah mula tenang sedikit. Apa yang CM harapkan kini, agar doa CM selama ini dimakbulkan Allah S.W.T. Moga Allah mendengar keluhan rasa CM selama ini.

Buat Shafiq.. Jika kau membaca ketika ini. Ketahuilah sesungguhnya ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Biar apa jua keputusannya kelak... kau tetap anak ibu yang ibu sentiasa banggakan.

Monday, 4 April 2011

Dah lama CM tak menulis di blog ini... Bukan dah lupa, tapi banyak alternatif lain yang terpaksa dipenuhi.. Bukan blog aje yg tak sempat CM update, tapi borang income tax pun belum sempat lagi diisi..

Setelah sekian lama tidak online di blog ni, CM ingin merakamkan rasa syukur CM atas keputusan SPM putera CM(Shafiq) yang agak baik dan cemerlang. CM rasa bangga dengan pencapaiannya setakat ini. Hari ini merupakan tarikh terakhir permohonan UPU online untuk permohonan ke IPTA. Tempohari, Shafiq ada juga memohon ke IPG. Kini, cuma tinggal menunggu panggilan temuduga sahaja dari mana2 institusi tersebut. Panggilan temuduga ke IPG akan diketahui secara online pada 11.4.2011 dan panggilan temuduga ke UPNM akan diketahui pada 13.4.2011. Cuma 2 institusi itu saja yg perlukan temuduga sebelum layak diterima masuk. Yg lain2 tu tak perlukan temuduga.... Risau juga CM .. Manalah agaknya Shafiq akan menyambung pelajarannya nanti. CM selalu doakan yang terbaik untuk dia... Amin..


Saturday, 19 February 2011

DUGAAN!!!!


CM termenung sejenak mendengar seorang rakan CM turut menjadi mangsa banjir besar 2 minggu yang lalu. Walaupun CM tidak mengalaminya tapi CM amat bersimpati dengan mangsa2 banjir yang terpaksa melalui semua ini... Moga mereka ini tabah dengan ujian Allah ini.