Friday, 8 November 2013

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1435.
 Hari ni dah 4 Muharam , rasanya belum terlambat CM ucapkan selamat tahun baru Hijrah kpd semua pembaca sekalian. 
Dah terlalu lama CM tak menulis di ruangan ini. Dalam jangka waktu itu banyak kejadian2 yg berlaku yg tak sempat diceritakan di ruangan ini.  Bukannya CM dah x berminat nak menulis tapi disebabkan kekangan waktu, CM tak berkesempatan lg meneruskannya. 
Walau bagaimanapun CM akan terus di sini selama mana yg termampu CM lakukan. 
Mungkin x ramai yg jadi pembaca di blog ni. Ye la, bukan ada apa2 pun yg menarik di sini. Just perkongsian cerita peribadi sj. Tapi , CM ucapkan ribuan terima kasih kpd pembaca yg pernah singgah di sini. In shaa Allah, CM akan kongsikan cerita2 yg lebih bagus untuk dijadikan perkongsian ilmu utk kehidupan kita bersama di dunia ini selagi mana kita bernafas. 
Semoga hidup kita selamanya mendapat kerahmatan dari Ilahi. Amin..

Saturday, 16 April 2011

Maharaja Lawak - Minggu 3 - Nabil (My Favourite)


VuuTV - Watch Video

Temuduga

Semalam Shafiq telah menghadiri temuduga UPNM seperti yang telah CM beritahu tempohari. Seharian itulah CM tidak duduk diam. Perasaan ini sentiasa gelisah. Namun, CM telah berjanji, apapun keputusannya CM tetap akan terima.

Awal pagi itu, CM telah menyediakan keperluan Shafiq untuk temuduganya. Beg pakaian telah pun disusun seperti kehendak UPNM. Dalam temuduga hari ini, jika Shafiq tidak lepas dalam ujian BMI, Mata, Kaki rata dll, Shafiq akan dikehendaki meninggalkan tempat temuduga tersebut. Tetapi, Shafiq masih ada peluang belajar di UPNM sebagai orang awam. Bukanlah sebagai pegawai kadet seperti yang dicita2kan.

Namun, tengahari itu, CM dapat tahu bahawa Shafiq telah lepas dari ujian dan syarat yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, ujian awal telah lulus. Namun rasa cemas masih tidak dapat dihilangkan dari perasaan ini.





Inilah antara detik2 yang dapat CM rakamkan pada hari tersebut. Moga Shafiq akan tabah dan cekal juga bersemangat kental dalam ujian2 ketahanan mental yang dihadapinya ketika ini. CM akan tetap menunggu sehingga 23 April iaitu tarikh akhir pemilihan pegawai kadet UPNM tersebut.