Saturday 16 April 2011

Temuduga

Semalam Shafiq telah menghadiri temuduga UPNM seperti yang telah CM beritahu tempohari. Seharian itulah CM tidak duduk diam. Perasaan ini sentiasa gelisah. Namun, CM telah berjanji, apapun keputusannya CM tetap akan terima.

Awal pagi itu, CM telah menyediakan keperluan Shafiq untuk temuduganya. Beg pakaian telah pun disusun seperti kehendak UPNM. Dalam temuduga hari ini, jika Shafiq tidak lepas dalam ujian BMI, Mata, Kaki rata dll, Shafiq akan dikehendaki meninggalkan tempat temuduga tersebut. Tetapi, Shafiq masih ada peluang belajar di UPNM sebagai orang awam. Bukanlah sebagai pegawai kadet seperti yang dicita2kan.

Namun, tengahari itu, CM dapat tahu bahawa Shafiq telah lepas dari ujian dan syarat yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, ujian awal telah lulus. Namun rasa cemas masih tidak dapat dihilangkan dari perasaan ini.





Inilah antara detik2 yang dapat CM rakamkan pada hari tersebut. Moga Shafiq akan tabah dan cekal juga bersemangat kental dalam ujian2 ketahanan mental yang dihadapinya ketika ini. CM akan tetap menunggu sehingga 23 April iaitu tarikh akhir pemilihan pegawai kadet UPNM tersebut.